Okay. Sebenarnya,bahasa melayu saya agak dan sangat tidak memuaskan. Saya selalu dapat gred B atau C sedangkan saya berbangsa Melayu. Penduduk Malaysia yang tinggal di Malaysia majoriti bersuara bahawa Bahasa Melayu adalah subjek yang paling susah hendak dapat gred A. Saya merupakan salah seorang daripada mereka. Kadang-kadang saya berasa tidak berdaya kerana setiap kali saya menulis karangan , sudah pasti ada sahaja kritikan yang ditujukan kepada saya. Saya berasa agak tidak berguna. Beberapa bulan lagi saya akan menduduki PMR. Itulah penentu masa depan saya. Ya Allah,Engkau tolonglah Hamba-Mu ini Ya Allah.